Tuesday, January 19, 2010

Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Taman Tun Aminah (2), telah dibina secara rasminya pada 1-12-1994. Sekolah ini terletak di kawasan Parlimen Gelang Patah dan ADUN Skudai N24. Ia bermula dengan tenaga pengajar seramai 27 orang, seorang pembantu tadbir dan seorang pekerja am. Peringkat permulaan sekolah ini menerima pelajar serami 544 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum. Pada mula perjalanan sekolah ini, pelbagai kesusahan yang dihadapi oleh guru-guru dan para pelajar seperti ketiadaan air, kekurangan peralatan dan persekitaran sekolah yang tidak teratur. Situasi ini telah menjadi cabaran kepada pihak sekolah bagi mewujudkan sebuah sekolah yang sedia ada pada haru ini untuk dibanggai oleh warga SKTTA (2). Semenjak sekolah ini dibuka hingga kini hanya 4 orang guru besar sahaja yang menerajuinya iaitu Encik Md. Khir bin Yusuf , Puan Hapipah bte Md. Yusuf dan Pn Sumirah Bte Kasbon. Kini Guru Besar yang bertugas di sekolah ini ialah En. Tasuki bin Simo Bagi mengeratkan lagi hubungan sekolah ini dengan ibu bapa dan masyarakat, sebuah jawatankuasa PIBG telah ditubuhka pada April 1995 dengan diketuai oleh Encik Yusuf bin Abdul Rahman sebagai Pengerusi PIBG yang pertama Kedudukan sekolah ini dikelilingi oleh beberapa taman perumahan seperti Taman Damai Jaya, Taman Skudai Baru dan Taman Tan Sri Yaacob Yang terletak di dalam kawasan Parlimen Gelang Patah. Ianya lebih kurang 16km dari pusat bandaraya Johor Bahru. Taraf kehidupan pendudukdi sekitar sekolah adalah terdiri daripada golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang datang dari sector swasta, industri dan kakitangan kerajaan.Masyarakat sekitar sekolah ini terdiri daripada berbilang kaum dan adat resam mengikut pecahan berikut; Melayu 60%, Cina 8%, India 12% dan lain-lain 20%.

0 comments:

Post a Comment