Saturday, July 31, 2010

Kemahiran Penjagaan Kesihatan Bersama Dettol - April 2010

Unit Kesihatan Hal Ehwal Murid SKTTA2 telah menganjurkan program kesihatan dengan kerjasama Syarikat Dettol Malaysia cawangan Johor pada 27 April 2010. Program ini bertajuk Penjagaan Kesihatan dan Kebersihan Diri bersama Dettol.

Antara tujuan program ini ialah untuk mendedahkan kepada murid tentang cara-cara menjaga kebersihan diri dengan betul. Selain itu, program ini diharap dapat memupuk sikap suka menjaga kebersihan diri dalam kalangan murid. Pihak sekolah merakam penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Syarikat Dettol Malaysia.


0 comments:

Post a Comment