Sunday, July 31, 2011

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasin - 28 Julai 2011


 

 
Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasin merupakan salah satu aktiviti tahunan sekolah yang diadakan sebagai suatu wadah untuk membantu meningkatkan pencapaian murid-murid Tahun 6 dalam UPSR.

 
Rasional
Memperkayakan murid dengan ilmu tentang solat wajib dan sunat serta bacaan Al Quran selaras dengan standard kurikulum dan kokurikulum, khususnya Pendidikan Islam.

 
Matlamat
Menggalakkan murid menghayati nilai solat dan Al Quran dengan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

 
Objektif
  • Membudayakan solat sebagai suatu kemestian dalam kehidupan untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat.
  • Memperingati sejarah Nabi Muhammad SAW yang telah meneriman perintah solat sebagai suatu amalan dan tunggak agama Islam.
  • Menjalin kerjasama dan hubungan silaturrahim antara pihak sekolah, guru-guru dan ibubapa serta murid dalam usaha mencapai dan meningkatkan lagi pencapaian murid-murid dan sekolah.
  •  
 

0 comments:

Post a Comment