Sunday, July 31, 2011

Pameran Sains - 26-27 Julai 2011




Tarikh: 26-27 Julai 2011
Hari: Selasa - Rabu
Tempat: Makmal Sains SKTTA2

Pameran sains ini merupakan program sekolah yang dianjurkan dan dikelolakan oleh Guru-guru Pelatih 8 PISMP IPG Kampus Temenggong Ibrahim.

Rasional
Menanam minat murid dan meningkatkan pengetahuan bagi melahirkan tenaga pengajar serta murid yang cemerlang dalam bidang sains.

Matlamat
Melahirkan insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi ke arah memartabatkan bidang sains yang merupakan teras dalam membina kemajuan negara selaras dengan Wawasan 2020.

Objektif
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria dan aktif yang boleh merangsangkan minat serta minda murid terhadap subjek sains.
  • Meningkatkan kemahiran berfikir dan saintifik melalui program yang dijalankan.
  • Mencungkil bakat, kebolehan dan pengalaman guru dan murid menerusi aktiviti yang dijalankan.
  • Menerapkan nilai-nilai murni dan keselamatan sepanjang program berlangsung.

0 comments:

Post a Comment